Saturday, September 10, 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Tikus Segan - Politik dan Korupsi

Aku dah naik bosan dengan perbincangan tentang politik...

Rasa cam nak jerit... CUKUPLAH...

Dua-dua pihak tak habes2 kutuk pihak lain...

Lepastu... yang paling aku menyampah bila ada avid followers yang seolah-olah mencium tapak kaki leader masing-masing

yang A kate B corrupt, Yang B kate C, C kate D, D pulak tuding balik kat A.

Nak migrate, tapi negara lain pun sama...

senang macam ni la... baik aku bagi satu analogi... kepada mereka yg kate A corrupt and B tak,,, mari aku tunjuk macamana corruption boleh berlaku dan tak boleh dikawal...

Scene ini di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Tikus Segan, Muar, Johor.

Mak Cik Tipah adalah seorang pekerja kantin S.M.K.T.S, Muar, Johor.
Peraturan yang ditetapkan oleh pengetua En. Nik Ajib adalah semua pelajar di kantin perlulah beratur semasa membeli makanan di waktu rehat.

Maka semua org perlulah assume yang peraturan ini have no exception;

Tetapi, MAkcik Tipah, seorang wanita berumur 40-an ternampak anak jiran beliau yang sering bermain konda kondi bersama anaknya setiap petang sedang beratur di dalam barisan.

Makcik Tipah sangatlah sayng dengan anak jirannya yang bernama HArry Potter ini... maka dia pun;

MakCik Tipah: Harry, Lah, kamu rupanya... mari ke belakang ni... mari...
HArry: Mak Pah, kenapa ni?
Makcik Tipah: Mak Pah tatu pulak Harry sekolah kat sini... mak sihat?
HArry: Sihat Mak Pah...
Makcik Tipah: Bagusla tu... eh, ni Harry nak makan ape?
HArry: Tadi harry nak beli nasi lemak...
Makcik Tipah: Oh, nah, 1.50 je...
HArry: Wah, terima kasih MAk Pah... takyah susah-susah beratur... hehe....
Makcik Tipah: Haha... ye lah... dah pi makan sana....

Adakah ini satu corruption? Cuba fikir betul-betul... di sini... tiada 'moral grey area'... di sini ada betul dan ada salah...








Ya, ini adalah satu corruption...

Mengikut kamus Cambridge Online Dictionary yang aku baru je google 2 saat tadi... corruption bermaksud; illegal, bad or dishonest behaviour, especially by people in positions of power

Makcik tipah berada dalam posisi berkuasa pada waktu itu, maka dia menggunakan power dia untuk membuat satu yang illegal demi anak jirannye...

Ya, ini adalah satu corruption...

Sekarang aku nak tanya; korang rasa berapa byk lagi situasi seperti di atas berlaku di kalangan kakitangan sekolah?

Antara Guru Kelas dan Murid,
Antara GPK 1 dan Guru,
Antara Tukang Kebun dan Guru,
Antara Makcik Kantin dan Boss Kantin,
Antara Boss Kantin dan Guru,
Antara Guru dan Guru,
Antara GUru Cemerlang dan Murid,

Fikirkan, mestilah berlaku byk corruption yang kita rasa harmless dan takde effect kat sesape...

Tapi bayangkanlah kawan-kawan HArry Potter yang sedang galak berpeluh-peluh beratur dalam barisan demi mendapatkan sepinggan nasi lemak, mereka semua akan berfikir, apa kelebihan HArry Potter untuk mendapatkan layanan istimewa? Adakah aku pun perlu berpindah ke sebelah rumah kakitangan makcik kantin? Kenapa dia boleh potong line aku?

(Well maybe, being teenagers who are to engrossed on hormonal induced sexual tendencies wont even be bothered, but at this point i want to remind u that this is an analogy... so cuba faham ok)

Sekarang aku nak tanya lagi satu soalan;

PErlu atau tidak untuk para pelajar menggulingkan Pengetua mereka kerana behaviour Makcik Tipah yang motherly itu...?






Ramai yang akan jawap Tidak, tetapi beliau perlulah menegur makcik tipah...

Tetapi;

cuba kamu fikirkan... berapa luaslah kerja seorang pengetuya itu... beliau bukan pergi ke sekolah untuk enjoy air-cond free dan download cerita katun untuk anak dia dekat internet free di komputer free dalam bilik dia sahaja...

Beliau ada urusan dengan Sekolah lain, dengan JPN, urusan mendapatkan guru baru, kewangan sekolah, urusan dengan guru-guru, request cuti guru, panggilan telefon dari IPG berdekatan untuk penempatan guru prak, aduan dari ibu bapa....

Banyak kot...

macamana dia nak detect satu corruption yang dialakukan oleh seorang pekerja kantin dalam masa 5 minit pada waktu rehat di sesi pagi sekolah....

Pengetua bukan Tuhan ok....



Tetapi apa yang lihat di kiri dan kana aku, dan di kedua-dua sekolah (Govt and Oppo), semua murid seibuk mengatakan yang corruption tu adalah arahan pengetua...

Lepastu murid-murid persoalkan kenapa Pengetua dapat kerusi span, bilik aircond, computer sendiri dan assistant... kenapa pengetua ada kelebihan tu...

apa lah korng ni... sebab dia Pengetua la... haih...

Cuba kamu semua fikir... untuk mejaga sebuah negara adalah thousand times harder dari menjaga sebuah sekolah, betul tak?

Korang kata mudah? Aduh, korg nak govern diri korg pun tak tentu lagi... Solat siap tinggal... mulut tak reti jaga, kesihatan diri cam haram... lagi nak rasa diri hebat nk jadi pengetua sekolah?

Come on la...

air dari akar, tak tentu akan sampai dengan selamat ke pucuk... sebab air tu nak lalu batang, dahan dan ranting, yang kekadang ada kumbang atau ulat kayu...

arahan dari ketua tak semstinya selamat dijalankan hingga kakitangan terbawah sekali... ramai orang di dunia ini berperangai seperti makcik tipah... yang walau niat dia baik, tetapi tetap salah...

sebelum korang menuding jari... cuba fikir... apa corruption yang kamu pernah buat?

Betul perubahan itu boleh mula dari seorang... tapi bukan bermakna dari YOur Vote... but your personality....

Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri juga...

Jadi berhentilah cakap mana satu pimpinan lebih corrupt dari yang mana... padahal kamu pun kekadang ada bertindak zalim juga,,,, jadi marilah perbetulkan diri dan masyarakat dan negara... yes, in that order...

1 comment: