Sunday, December 26, 2010

Kenapa aku benci dengar orang mengutuk Menteri?

Sorry, but this is my blog, so to evade from any hate-mail or unwanted comments... I just want to say... this is what I think...

Oh yes, despite what u'll read, I am not a pro-govt. Im just like an impartial bystander...

Kebanyakan masa bila aku surf internet atau lepak dalam dorm, kadang2 ade je cerita2 sumbang pasal elaun tak masuk lagi, lepas tu ntah macam mana bole sampai pada Perdana Menteri makan duit rakyat.

Aku dah penat dah dengar orang semua kecoh cakap pasal orang2 BN dok pecah amanah, makan duit rakyat, penuh dengan corruption. Naik bosan beb..

Aku bukan ade apa-apa preference pun, sebab aku belum pernah mengundi, tapi nampaknya aku sentiasa dikelilingi oleh pembenci2 kerajaan.

Yang aku pelik, orang yang dok tak habis-habis meng-gebang asik sibuk tekankan pasal duit. Haritu masa belanjawan, bak gunung berapi meletus kemarahan budak2 ni. Sebab rakyat tak dapat bonus... so meracau la diorng...

terus ade yang quote ayat2 pujangga kat aku; ade yang quote ayat machiavelli, plato, nik aziz dan sebagainye...

ayat2 yang aku pernah dengar dari orang-orang yang membangkang kerajaan;

1. Ah, 1 malaysia, haprak... duit sume untuk diorg, rakyat makan tahi!
2. Duit elaun kita tak masuk pasal najib guna duit tu untuk rasuah org, kan tahun depan pilihan raya...
3. Kita patut sokong PAS, pasal nik aziz makan pakai tangan, tapi najib makan pakai sudu dan garpu emas.
4. Rosmah rambut besar, aku benci dia...

Tapi bila time Najib turun padang, kuarkan duit repair 2-3 kawasan perumahan dan rumah-rumah pangsa... diorg tak kata ape2...

Bila Rosmah dok bising2 suh sume org berkhidmat lebih dalam bidang sukan dan pelbagai aktiviti kemanusiaan, pun diorg senyap...

Sebenarnye banyak je yang diorg buat,,, tapi aku tak tau la.. pada aku macam tak cukup akal je org2 kuat kutuk ni...

Kutuk ye lah, kate boleh nak kutuk pemimpin yang tak adil... tapi bila aku tanye apa yang Najib tak adil... tersenyap lak...

Aku terus terang aku takkan vote PAS... sebab kalau PAS menang maksudnye DAP dan PKR pun menang... dua parti tu lebih sekular dari BN...

PAS mmg perjuangkan Islam... tapi bila dah berganding ngan DAP yang lebih sekular dari Amerika tu... cana lak aku nak caya dia memperjuangkan Islam bersama PArti sekular? adakah dia nak wat civil war ngan DAP bile dia mng?

Aih...

Kutukan dan tuduhan most of the time macam rupa bentuk fitnah...

Kalau Najib decide nak bagi every rakyat RM 5oo sebulan baru OK kot... itu pun nanti org kate najib buat propaganda...

Ntahla... so far, aku rasa Najib ok je... tapi mesti diorg akan kate aku dok baca utusan... ntah la... aku tak baca newspaper...

Kalau betullah PAS menang next term.. aku teringin gak nak nengok macamana diorg nak tunaikan janji dan elak dari corruption...

Susah aku nak pikir satu badan yang takde corruption... ntah, Pakatan Rakyat kate diorg takde... hmmm... takdela kot.. atau itu hanya propaganda.,..?

Aku termarah kejap pasal aku dok dngar org2 kat kedai bapak aku gebang cam Presiden U.S... padahal habuk pun takde... bosan aku dengar org mengutuk dan fitnah...

kalau betul, bagi bukti... sekadar lidah... budak umo 3 taon pun bole buat...

Tuesday, December 21, 2010

Best Female Classic Characters represented on screen by an actress.

You know when you read books, your mind start to imagine how the settings look like, how the characters look like, and how everything happens.

And then, some hollywood director starts making an adaptation of the book that you read and you go to the cinema and start to compare the things that you have imagined and the things that the directors had put on the screen.

You may get disappointed, because the thing on the screen did not match your expectation, or you may be happy because the director had captured everything in the book and presented it so well.

You know how classic books tend to describe the events/characters in such details that you can imagine the shape of the nose of a character so well? Well, i cant help but to compare, and i cant help but to fall in love with some of the actresses who had portrayed the characters so well.

Well, mostly, i fell in love with the characters after i saw that the hot actress playing her, so mostly, at the end of the day, it probably is just physical.

Well, anyway, i have picked my favourite representations of female classic characters on screen; below are the top 5;

Please note that I am NOT an expert on either literature or castings for movies. Below are only my opinions as a reader and an avid movie go-er.

5. Romola Garai in the 2009 BBC series 'Emma'

Adapted from the character Emma Woodhouse from Jane Auten's novel 'Emma'


Apart from her unusual name, and the fact that she is hot (the pic above does not do her justice), she is a great actress and she had played Emma Woodhouse exactly the way i had imagined Emma Woodhouse to be. I spent nearly four weeks downloading this 4 episodes series by BBC and i fell in love with Garai all over again. She had acted in a number of Classic adaptations and the one that i have watched before Emma was her role as Amilia Sedley in 2004 Vanity Fair. That was good too, only that her role in Emma was better.

4. Gillian Anderson in the 2005 BBC series 'Bleak House'

Adapted from the character Lady Dedlock from Charles Dicken's novel 'Bleak House'


Lady Dedlock was a tortured aristocrat and she chose to kept her misery in silence while adopting a haughty characteristics. (You can read yourself how Lady Dedlock is in Bleak House)
Gillian Anderson did not only played Lady Dedlock well, she did it even better, from the face expression to her aloof speeches, she would have made Charles Dickens proud. I know I am no expert, but she should have got some awards for this performance.

3. Liv Tyler in the 2001 movie 'The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring'

Adapted from the character Arwen Undomiel from J.R.R Tolkien's novel 'The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring'
Liv Tyler is SUPER hot. I know that her character was aggrandized in the movie since she did not appaeared to be a heroic elf who saved Frodo from the creepy-9-dead-obsessed-over-a-freakin'-ring-kings in the book. But that scene, where she saved Frodo was the scene where i fell in love with her. The part where she cluctch Frodo on her horse in the middle of the River and said to the creepy, astmathic Kings 'If you want him, come and claim him!' with that deep voice. I melt like an ice thrown in a fire.

2. Rosamund Pike in the 2005 movie 'Pride and Prejudice'

Adapted from the character Jane Bennet from Jane Austen's novel 'Pride and Prejudice'

Oh Rosamund Pike... You know, if you watch the movie, you will be happier seeing the scene where there is Jane Bennet rather than watching Lizzy Bennet. I mean, just look at her! She captured the suitable poise of Jane in the book and plus - SHE IS SUPER SUPER SUPER HOT! I know the picture did not really do her justice here but just googled her yourself... she was once a bond girl, but i dont care... she had been Jane, and i cant imagine Jane as anyone else but Pike's.

Oh, note that Moven Christie as Jane in 2008 ITV Series 'Lost in Austen' was quite good too, she is not pretty but she is GOOD.

1. Peta Wilson in the 2003 movie 'League of Extraordinary Gentlemen'

Adapted from the character Wilhelmina Harker from Bram Stoker's novel 'Dracula'


Okay, the character Mina Harker in the league movie was actually from the comic book with a lot of classic book's characters. But she was originally from the novel itself.

I am actually not big on vampires, what with the explosion of vampire-clan movies nowadays such as Twilight (which had destroyed all vampires for me) true blood, vampire diaries and so on and so on and so on... but one cant forget the count who started it all, Dracula... and of course little ol' Bram...

Anyway, Peta Wilson in that role in the movie... with her deep aloof voice and her sudden change into a vampire... and also her line when she was captured by one of the villains;

Villain: I guessed as much, that they would do anything to protect you...
Mina: See now that is your biggest mistake, thinking that I need them to protect me...

She said this in deep voice before she turned into a vampire and juiced the villain alive!!! That was, i think the best performance by Peta Wilson compared to all her Nikita episodes -COMBINED!

And another plus point... Peta's hotness...

Well, there... I didnt read much and i didnt watch much.,... over the time, I watched more formidable actress toppled others in the perfomance in adapting any characters from the Classics... I cant wait for the 2011 adaptation of 'Jane Eyre'... Mia Wasikowska indeed...

Sunday, December 19, 2010

sex tu ape?

Perkara ini berlaku semasa umur aku enam tahun...

aku pada waktu ini adalah seorang budak kecik yang baik lagi innocent... dan aku mempunyai satu obsesi... iaitu menulis di sana sini...

Disebabkan aku pada waktu ini agak genius dan boleh membaca dan menulis, aku pun tanpa penat lelah dan jemu aku asyik menulis pelbagai benda di semua tempat, walhal di dinding rumah dan juga daun keladi jiran aku pun dijadikan kertas - tapi tak ramai yang marah, sebab orang anggap aku cute dan bijak serta geliga kerana boleh menulis pada umur yang kecik.

Jadi dipendekkan cerita, ahli keluarga aku, walaupun mereka appreciate aku pandai menulis, mereka juga penat mahu mengecat rumah setiap kali aku menjahanamkan dinding rumah aku dengan prosa-prosa hasil karya aku.

maka mereka pun membelikan aku sebatang pensel dan menyuruh aku mengisi segala jenis borang yang wujud di mana-mana sebagai ganti kepada dinding dan tanaman berdaun lebar milik jiran aku. Tetapi, memang aku tak aim daun keladi; surat avon jiran aku, aku songlap borang order dia. Borang langganan majalah jelita kakak aku pun menjadi mangsa. Pelbagai jenis borang la aku isi, semuanya dalam bahasa melayu...

Nak dijadikan cerita, mak aku dulu2 selalu beli surat khabar new straits times, dan terdapat pelbagai jenis borang di dalam surat khabar tersebut. Tetapi masalah pada aku ialah... aku tak paham kebanyakan requirement borang berbahasa inggeris itu...

jadi terjadilah sebuah kisah yang memalukan pernah berlaku kat aku;

pada suatu hari, rumah aku sedang lengang... abang2 aku dok main2 ngan kengkawan dia, bapak aku merayap mana ntah aku tak ingat. Mak dan kakak2 aku dok lepak kat rumah jiran untuk melibatkan diri mereka dalam network makcik2 sekampung untuk mendapatkan infomasi terkini.

Aku pulak tengah happy dok kat depan rumah browsing New Straits Times terbaru untuk borang2 fresh untuk aku isi...

sedang aku seronok mengisi satu borang ni, aku terjumpa masalah yang kerap aku jumpa apabila aku mengisi borang2 berbahasa inggeris;

name: (aku bole jawap la yang ni)
Age: (ni pun aku boleh jawap)
Sex: Yang ni la masalah aku... aku tak paham apa makna sex pada umur ini... aku tak tau yang ia membawa makna jantina dan juga membawa makna aksi pasangan berkahwin di ranjang. mana la aku tau... walaupun mak aku seorang bekas guru bahasa inggeris... dan sering mengajar aku vocab2 besar masa umur aku 6 taon... dia tak penah lak ajar aku maksud perkataan ni... ye la.. mak mana nak explain maksud sex masa anak dia umur 6 taon woi?

berbalik pada aku yang tgh dok sorang2 kat umah dan tengah konpius apa makna sex dalam borang tu, aku bersemngat untuk menjawap slot sex: tu kali ni juga... sebab selalu aku boleh jawap semua requirement kecualilah requirement sex itu...

maka aku pun berlari dengan menggunakan kaki kecilku ke rumah jiran di mana mak dan kakak2 aku dan segala makcik di taman perumahan aku tengah melepak...

aku menolak pagar umah jiran aku dengan penuh excited, curiosity aku membuak2... aku nampak mak aku dan lebih kurang sepuluh orang makcik2 setaman tengah duduk2 makan goreng pisang sambil berbual2.

aku panggil mak aku, mak aku terus pandang aku, ingat tak aku kate masa umur aku 6 taon aku ni cute? maka disebabkan aku cute, sume makcik2 yang ada dlam umah tu mendiamkan diri dan semua memberi perhatiajn mereka pada aku... diorang nak tau apa Azhar yang cute dan bijak serta geliga ini mahu berkata?

aku dengan penuh innocentnye aku bertanya;

'Mak, sex tu ape?'

effect selepas tu, semua makcik yang dah terdiam pada asalnya tambah tergamam... semua muka terkejut... mak aku terkejut beruk dan ketawa sambil tersipu2 memandang rakan2 networknye...

mahu lebih kurang lepas 5 minit diorng sume terkejut mak aku bersuara..

'Sex tu bende kotor... mana kau dengar perkataan ni... dah jangan dengar2 lagi perkataan macam tu... kalau dengar tutup telinga'

agaknya macam tu la mak aku kate.. tapi aku ingat mak aku kate 'sex tu bende kotor'

aku balik umah dengan penuh konpius dengan kenapa org nak taruk requirement untuk bende kotor dalam borang... apa bende kotor yang orang nak isis dalam borang? apa? apa?

maka aku buat kesimpulan sendiri pada waktu tu;


sex bermakna warna tahi kau secara general...



pastu aku kompius balik... kenapa org nak tau warna tahi dalam borang...




pada waktu malam tu, mak ngan kakak2 aku tanye mana aku dengar perkataan sex tu.... aku kate dalam borang... diorng pun ketawa berdekah2...

pastu baru mak aku bagitau... yang borang tu nak tau aku ni laki ke pompuan... oh, skang aku baru paham...

'tapi nape bende tu mak kate kotor?'

'er... takpe, lupakan... kalo lepasni ko jumpa perkataan tu dalam borang, makna dia nak ko bagitau dia ko laki ke pompuan... ok?'









6 taon lepas tu baru aku paham makna perkataan sex yang lagi satu tu...

baru aku paham kenapa makcik2 tu sume terkejut...

kesian mak aku... mesti dia malu gile....

Saturday, December 11, 2010

nanti da besar aku nak jadi...

Makin lama makin besar, umur da makin tua...

Kalo dulu2 makcik/pakcik/cikgu/org gila tanya aku da besar nak watpe... aku ada seribu satu jawapan... tapi masalahnye dalam seribu satu tu, tade satu pun yang berjaya aku realisasikan bila aku da besar...

dulu masa kecik-kecik aku jawap kat diorg;

'nanti da besar saya nak jadi lawyer'
-masa ni aku tatau pun lawyer tu ape... baca majalah ujang time tu aku namp[ak lawyer ade opis besar bole taruk bunga kat atas meja... aku pun nak jadi lawyer. Pastu ade org cakap ngan aku lawyer ni byk tipu... which is sad, cause Im kinda good in lying...

'Nanti da besar aku nak jadi penyanyi'
-pasal aku nampak ziana zain bawak kete cantik masa tahun 90an dulu... so aku pun mula la melalak keliling umah nyanyi segala jenis lagu yang ada kat carta muzik-muzik 90an, sampai mak aku terpaksa ban TV dari hidup aku selama setahun sampai aku tatau Doraemon da tade lagi kat TV 1...

'Nanti da besar aku nak jadi ahli sukan'
-Sayangnye, aku memang tade daya sukan yang tinggi... aku main semua jenis sukan, tapi sume aku di tahap yang corot... tapi sampai sekarang pun aku main sume jenis sukan...

aku: ape aku kesah ko kate ape?
team bola tampar: da ko mmg teruk main volleyball...
aku: ah aku nak main gak.. aku teruk main pun bukan aku susahkan hidup korang...
team bola tampar: ko buat kitorang kalah la...
aku: erk...

'Nanti da besar aku nak jadi ahli arkeologi/paleontologi'
-kecik2 aku dok baca encyclopaedia (ntah betul tak aku eja), sebab aku kene kurung tahap gaban pasal aku nakal tahap cilake... so aku tak kuar umah jadi aku dok baca je la buku yang ade,.. tetiba aku obses ngan dinosaur... abeh sume nama dinosaur aku hafal time tu... pastu dalam masa yang sama aku obses ngan pyramid kat mesir lak... pastu bangunan petra lak... sampai aku pun konfius ngan bende yang aku obses..

'Nanti da besar aku nak jadi model'
-pasal budak2 kat sekolah ejek aku hitam/hodoh pastu tade org nak kawan aku... (kesian aku masa kecik), jadi aku pikir aku nak jadi model so bila aku byk duit dan ade kat Tv, nanti budak2 kat sekolah sume menyesal yang penah ejek aku dulu...

Azhar: nak jadi model..
conscience: bodo, bedosa la...
Azhar: erk...

'Nanti da besar aku nak jadi penulis'
-betul ke aku bole tulis? da la pemalas tahap gaban... menulis perlukan komitmen...

dan brown: ko bajet ko bole jadi hebat cam aku ke?
azhar: eh.. tak boleh ke?
dan brown: ah kau pemalas cam kambing... ko ade tulis ape2 tak?
Azhar: Ada la!
dan brown: ade yang da siap?
Azhar: er,, tade la...
dan brown: so?
Azhar: ye la... ye la....'

'Nanti da besar, aku nak jadi cikgu'

IPGKTI: Aku akan train ko untuk jadi guru...
Azhar: ok!

6 tahun lepas tu~

IPGKTI: ko da ready?
Azhar: eh belum...





yang paling bestnye.. aku tak ingat pun aku penah cakap aku nak jadi cikgu...









tapi aku redha ngan takdir...




best gak jadi cikgu....