Sunday, December 19, 2010

sex tu ape?

Perkara ini berlaku semasa umur aku enam tahun...

aku pada waktu ini adalah seorang budak kecik yang baik lagi innocent... dan aku mempunyai satu obsesi... iaitu menulis di sana sini...

Disebabkan aku pada waktu ini agak genius dan boleh membaca dan menulis, aku pun tanpa penat lelah dan jemu aku asyik menulis pelbagai benda di semua tempat, walhal di dinding rumah dan juga daun keladi jiran aku pun dijadikan kertas - tapi tak ramai yang marah, sebab orang anggap aku cute dan bijak serta geliga kerana boleh menulis pada umur yang kecik.

Jadi dipendekkan cerita, ahli keluarga aku, walaupun mereka appreciate aku pandai menulis, mereka juga penat mahu mengecat rumah setiap kali aku menjahanamkan dinding rumah aku dengan prosa-prosa hasil karya aku.

maka mereka pun membelikan aku sebatang pensel dan menyuruh aku mengisi segala jenis borang yang wujud di mana-mana sebagai ganti kepada dinding dan tanaman berdaun lebar milik jiran aku. Tetapi, memang aku tak aim daun keladi; surat avon jiran aku, aku songlap borang order dia. Borang langganan majalah jelita kakak aku pun menjadi mangsa. Pelbagai jenis borang la aku isi, semuanya dalam bahasa melayu...

Nak dijadikan cerita, mak aku dulu2 selalu beli surat khabar new straits times, dan terdapat pelbagai jenis borang di dalam surat khabar tersebut. Tetapi masalah pada aku ialah... aku tak paham kebanyakan requirement borang berbahasa inggeris itu...

jadi terjadilah sebuah kisah yang memalukan pernah berlaku kat aku;

pada suatu hari, rumah aku sedang lengang... abang2 aku dok main2 ngan kengkawan dia, bapak aku merayap mana ntah aku tak ingat. Mak dan kakak2 aku dok lepak kat rumah jiran untuk melibatkan diri mereka dalam network makcik2 sekampung untuk mendapatkan infomasi terkini.

Aku pulak tengah happy dok kat depan rumah browsing New Straits Times terbaru untuk borang2 fresh untuk aku isi...

sedang aku seronok mengisi satu borang ni, aku terjumpa masalah yang kerap aku jumpa apabila aku mengisi borang2 berbahasa inggeris;

name: (aku bole jawap la yang ni)
Age: (ni pun aku boleh jawap)
Sex: Yang ni la masalah aku... aku tak paham apa makna sex pada umur ini... aku tak tau yang ia membawa makna jantina dan juga membawa makna aksi pasangan berkahwin di ranjang. mana la aku tau... walaupun mak aku seorang bekas guru bahasa inggeris... dan sering mengajar aku vocab2 besar masa umur aku 6 taon... dia tak penah lak ajar aku maksud perkataan ni... ye la.. mak mana nak explain maksud sex masa anak dia umur 6 taon woi?

berbalik pada aku yang tgh dok sorang2 kat umah dan tengah konpius apa makna sex dalam borang tu, aku bersemngat untuk menjawap slot sex: tu kali ni juga... sebab selalu aku boleh jawap semua requirement kecualilah requirement sex itu...

maka aku pun berlari dengan menggunakan kaki kecilku ke rumah jiran di mana mak dan kakak2 aku dan segala makcik di taman perumahan aku tengah melepak...

aku menolak pagar umah jiran aku dengan penuh excited, curiosity aku membuak2... aku nampak mak aku dan lebih kurang sepuluh orang makcik2 setaman tengah duduk2 makan goreng pisang sambil berbual2.

aku panggil mak aku, mak aku terus pandang aku, ingat tak aku kate masa umur aku 6 taon aku ni cute? maka disebabkan aku cute, sume makcik2 yang ada dlam umah tu mendiamkan diri dan semua memberi perhatiajn mereka pada aku... diorang nak tau apa Azhar yang cute dan bijak serta geliga ini mahu berkata?

aku dengan penuh innocentnye aku bertanya;

'Mak, sex tu ape?'

effect selepas tu, semua makcik yang dah terdiam pada asalnya tambah tergamam... semua muka terkejut... mak aku terkejut beruk dan ketawa sambil tersipu2 memandang rakan2 networknye...

mahu lebih kurang lepas 5 minit diorng sume terkejut mak aku bersuara..

'Sex tu bende kotor... mana kau dengar perkataan ni... dah jangan dengar2 lagi perkataan macam tu... kalau dengar tutup telinga'

agaknya macam tu la mak aku kate.. tapi aku ingat mak aku kate 'sex tu bende kotor'

aku balik umah dengan penuh konpius dengan kenapa org nak taruk requirement untuk bende kotor dalam borang... apa bende kotor yang orang nak isis dalam borang? apa? apa?

maka aku buat kesimpulan sendiri pada waktu tu;


sex bermakna warna tahi kau secara general...



pastu aku kompius balik... kenapa org nak tau warna tahi dalam borang...




pada waktu malam tu, mak ngan kakak2 aku tanye mana aku dengar perkataan sex tu.... aku kate dalam borang... diorng pun ketawa berdekah2...

pastu baru mak aku bagitau... yang borang tu nak tau aku ni laki ke pompuan... oh, skang aku baru paham...

'tapi nape bende tu mak kate kotor?'

'er... takpe, lupakan... kalo lepasni ko jumpa perkataan tu dalam borang, makna dia nak ko bagitau dia ko laki ke pompuan... ok?'









6 taon lepas tu baru aku paham makna perkataan sex yang lagi satu tu...

baru aku paham kenapa makcik2 tu sume terkejut...

kesian mak aku... mesti dia malu gile....

2 comments:

  1. ahahaha...ahjar!! lawaknye! musti cute gile mse ko tnye 2..alahai! x bleh bayang btol! :)

    ReplyDelete