Saturday, August 15, 2009

BABI! BABI! BABI!

Macam aku abru terbangun dari tidur...

2 tahun lepas, aku ada blajar satu buku ni (Untuk sastera: Aku kan org berseni) Tajuk dia The Lord of the Flies. Lepastu, adalah penulis buku tersebut menggunakan haiwan yang dipanggil babi sebagai satu symbolism untuk student2 sastera macam aku ni figure out apa point dia pakai haiwan tersebut. Aku pun dengan bangganya mengangkat tangan aku supaya lecturer notis aku... (Sebab aku mmg suka tunjuk pandai)...

"The author uses pigs as symbolism to show that the boys' behaviours are downright ugly, as the general pigs' nature... pig are dirty by nature"

Little did I know that dalam usaha aku mencapap itu, aku telah dikecam oleh classmates aku yang bukan beragama Islam. Maksud aku semasa aku cuba sampaikan 'Pigs are dirty by nature' tu adalah cara kehidupan babi-babi tersebut, yang suka bermandi lumpur, yang suka merodok tanah, yang selalu buat bunyi yang kelakar, dan tidak lupa juga pada rupa haiwan tersebut yang tak berapa sedap nak diapandang mata. aku tengah cakap pasal spesis babi hutan la ni, (teringat masa kecik2 aku ngan kawan2 aku terkene kejar ngan babi hutan semasa kami tengah best main guli)

Classmate aku time tu kata aku ni tak reti nak nengok dunia luar dari kacamata budaya aku....

Jeng jeng jeng... hari ini, baru aku paham apa maksud classmate aku.. (2 tahun seh aku nak amek untuk paham, dah kata, aku memang lembap!) 

Maksud classmate aku ni, dia nak kata macam aku ni babi-phobia la... dan aku juga benci pada haiwan tersebut... tapi aku baru nak take offend lebih sikit harini pasal aku rasa apa yang dimaksudkan oleh 'kacamata budaya' tu adalah Islam... agama yang aku cukup bertuah kerana dipilih untuk menganutnya...

Cis, apa yang mereka semua fikir Islam membenci babi? Apalah, walhal Tuan Punya Dunia ini sendiri yang mencipta haiwan tersebut, mengapa perlu aku benci?

Adalah reason mengapa Islam suruh umatnya jangan makan atau sentuh haiwan tersebut tapi tak mahulah aku menerangkan perkara tersebut disini, sebab ini bukan point aku...

Ada dua jenis manusia yang aku nak sampaikan post ini

1. Orang islam yang fobia kepada babi sampai nak sebut perkataan tersebut pun nak tukar jadi ba alif ba ya

2. Orang bukan Islam yang fikir Islam adalah agama yang menyuruh umatnya membenci babi...

Aku terserempak dengan kartun menghina islam semasa aku melayari internet, kartun tu menunjukkan sekumpulan babi memegang sepanduk yang menggambarkan Rasul Allah, dan ada sekumpulan orang yang berserban di depan babi-babi tersebut yang terkejut, terlompat dan marah...

beberapa sentimen dari kartun yang memang macam haram ini;

1. Dia menggambarkan Rasul Allah - ini mmg da lebey la

2. Dia menggambarkan yang umat islam ni babi-phobia...

selain dari nombor satu, umat islam tak patut pun rasa terhina...

aku tak paham, mengapa perlu kita fobia pada binatang tersebut? aku tak fobia pun... kenapa?

kalau ada babi depan aku, kompem aku lari kerana;

1. Aku malas nak samak kalau aku tersentuh

2. aku takut babi tu rodok aku, bole mati wooo

tapi ini semua tak menggambarkan yang kami Umat Islam ini fobia pada babi... so kenapa macam sampai ntv7 dan tv3 sanggup potong scene movie yang ada menggambarkan haiwan tersebut?

Movie adaptasi dari buku Goerge Orwell's Animal Farm telah diharamkan untuk masuk ke malaysia kerana watak2 utamanya adalah babi... tak paham aku (Aku nak nengok, pasala citer tu best) Buku tersebut pun pernah once diharamkan masuk Malaysia...

kenapa? kenapa semua ini berlaku? Kenapa sampai gambaran haiwan ini pun nak dipotong? Kenapaaaaaaa (Dramatik sikit).

Kepada yang bukan Islam, kami tak benci babi, Agama kami tak menyuruh kami membenci apa2 pun... kepada yang Islam... nape korg nak benci weh? cuba ko nengok betul2, anak babi tu comel... mak bapak dia je yang menakutkan....

Justifikasi aku kepada statement yang aku buat dua tahun lepas;

even curse word pun ade perkataan Babi, baik muslim atau non-muslim pun akan offended kalau kita panggil dia babi... so betul la babi is dirty? tak salah kan apa aku cakap? kalau salah, kenapa korang marah kalo org panggil kau babi? kenapa? kenapaaaaaaa? (Dramatik lagi)

Semua ini pasal tu la... tak de sape nak paham culture orang lain, tu jadik camni ni, sume dok bangga ngan bangsa sendrik, sampai hal remeh pasal babi pun nak gadoh, sampai tergerak aku nak wat post pasal bende ni... kalo kita saling memahami... takde la jadi camni... betul?

13 comments:

  1. I think Babi is just like another animal. Its just that dia tu dikategorikan sebagai najis mughallazah. Kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  2. nice post azhar...haha...its funny how a "scene babi" will be censored as if its a porn scene. btw, in my pov as a pork-eating non muslim, i dont think being called 'babi' is offensive? its our food, not our god.heck, last time when we're kids, when we piss my mum off she would go "babi punya anak!"...which we find incredibly funny!

    ReplyDelete
  3. iunno about piggy thing in Animal Farm, but what I do know is that Animal Farm is totally about Socialist / Communism. I doubt that Malaysia would allow anything that carries a strong communism beliefs into our country

    ReplyDelete
  4. sian ko azhar...hahaha..2 thun ko mncari arah dengan babi eh..hahah

    ReplyDelete
  5. @ Amir: Kan! (Agree)
    @ Amanda: Wow, ur mom like my dad la, cuma dia tambah word kimak and also bodoh.. but what i meant was, babi is considered a curse word la, there is a negative connotations to it, my question is, why is there a negative connotations to it?
    @ Kei1: Mmm, probably la, because i read the book - my interpretation was corruptions in politics, didnt see comunism, or maybe i am worng. But, u remember when NTV 7 decided to show the movie Babe? It was a hype all over malaysia to the extent that NTV 7 decided to cancel the show in its schedule...
    @ Juni: haha, da kata, aku mmg lembap...

    ReplyDelete
  6. nice post azhar..i still remember the conflict we had in fc2 when we were studying lord of the flies...its just our mentality in accepting certain things..if we respect each others' culture, nothing would be a big matter.

    ReplyDelete
  7. @Viknes: I know... right... it was all misunderstanding... cis...
    @Cynth: The whole blog and that is where ur focus is?

    ReplyDelete
  8. @Ed: Mende Ed?
    @Sha: Babi sudah sha...

    ReplyDelete
  9. Segmend Freud told me yesterday: "pig is just a pig, they never mention about human in their life and why we as human need to talk about them"..
    edz said: btul jgk.. Hmm...

    ReplyDelete
  10. sebab... kita bole berfikir... kejadian tuhan sume untuk kita berfikir... x betul tu? he...

    ReplyDelete