Thursday, July 2, 2009

Mengapekah colour kulit aku dihakimi?

Kenape mesti colour kulit aku nak kene judge?

4 tahun lepas, semasa aku berkerja sebagai seroang cashier yang berjaya di sebuah hypermarket di kampungku, zaman ini adalah zaman Jaclyn Victor baru menang Malaysian Idol. Penuh corong radio dok mendendangkan lagu dia Gemilang - aku yg memang berminat ngan Jaclyn Victor penat menghafal lagu tu - takde la menghafal cam aku menghafal sifir 9, aku hafal pasal aku asik dengar je.

Nak disebutkan kisah, radio kat tempat kerje aku time tu tak habis2 mendendangkan lagu Gemilang tersebut. Sampai la kalau aku tengah melayan customer pun mulut aku boleh masih terkumat kamit menyanyi lagu tu jugak (takdela kuat sgt). Sampai la muncul seorang makcik ni nak membayar, aku pun melayan la makcik ni sambil mulut aku menyanyi... tetiba je makcik ni tercakap;

'Eh, pandai anak india sekarang nyanyi lagu melayu kan?'

Aku terdiam, ish, takkan la aku sorg je kot anak india yang boleh nyanyi lagu melayu? Aku tergamam jap, tangan aku pun turut berhenti dari nak scan barang yang makcik tu nak beli. Pastu aku senyum la, tak taw ape aku nak jawap, umo aku 17 mase tu, mentah lagi (haha).

'Selalu ke dengar lagu melayu?'

'Selalu jugak la MakCik' Aku menjawap sambil tersenyum tanpa ikhlas.

'Wah, anak cakap takde slang india kan?'

ish makcik ni, sume India cakap mesti ade slang ke? Same je la kalo org melayu cakap tamil mesti ade slang lain. Kenape la mak aku tak ajar aku cakap tamil, rase rugi tau tak?

'Anak ni, orang melayu ke bela?'

aku hanya mampu mengelengkan kepala, bila la barang makcik nak abes ni?

'Tak sangka org india pun minat nyanyi lagu melayu' MakCik tu sambung lagi...

'Er... MakCik, Jaclyn Victor pun india makcik... tapi dia nyanyi lagu melayu' aku membalas....

Aku pelik lepas makcik tu belah, aku pandang sekelilingku - ntah berapa ramai yang fikir aku tak pandai berkata dalam bahasa kebangaan Malaysia ini... oh aku sayangkan bahasa Melayu... tapi kenapa pasal kaler kulit aku org fikir aku bangang ha? Tipu la kalo kate org india tak pandai cakap bahasa melayu... jangan la stigma kan... tensen betul aku...

Aku ade membe ni, nama dia Siamala, seorang anak India jugak macam aku, tapi kelebihan dia adalah dia pandai bertutur dalam bahasa tamil (masih lagi tensen yang mak aku tak ajar aku bahasa tamil). Tapi korg nak tau tak? dia masuk debat bahasa melayu kot... dan bole plak dia menang... so? apa masalahnye lagi? kenape nak cakap 'wow, seorg india masuk debat... hebat!' La... dia org malaysia gak... macam kau dan aku... komfem la dia bole memperhebatkan diri dalam bahasa melayu....

Ni la, orang malaysia ni tak abes2 nak pikir yang bahasa tu milik satu bangsa, agama milik satu bangsa... weh... sume bende tu tuan punye dunia yang punye la! Sume org bole gunakan bahasa tu... sibuk ngan identiti... naik bosan aku... rilek2 sudah... sukati aku la kalo aku ni india nak ckp bahasa ape pun... ish ta paham aku..

Ntah la... sampai kekadang bile aku masuk masjid pun ade orang tegur aku ni muallaf ke... la... takkan la aku sorang je yang bermuka tak macam melayu masuk masjid... takkan la agama islam tu org melayu punye?

Mase aku tunggu bas haritu kan... tetiba ade satu mamat india ni... dia da pandang aku senyum2 da... aku ingat dia syok kat aku.. meremang gak la bulu roma aku... (sebab aku bukan gay) pastu tetiba dia datang dekat... aku tau la aku ensem... tapi aku ingat dia tertarik kat aku... rupanya dia nak check aku ni bangsa ape...

'Tamil terrimma (tahu bahasa tamil ke)?' Aku paham la yg ni... sebab ni mudah sgt...

'Sikit2' Aku balas dalam bahasa melayu... mmg sumpah aku ta pandai cakap... mak aku org tamil, bapak aku benggali... dua2 cakap bahasa lain... pasal tu la diorg decide bahasa melayu sbg bahasa kebangsaan dalam umah aku.

Pastu dia ketawakan aku... aku da tak puas hati... apsal lak ni? Aku cam nak hagul je pale mamat ni kat tiang. Pastu adla plak membe aku kat sebelah aku ni (Yang ngah tunggu bas ngan aku la) mnyuarakan pendapat;

'Dia ingat dia sedare ko'

Ish, mmg la aku ngan mamat tu serupa, sebangsa, bole plak dia nak ketawekan aku ta pandai cakap bahasa tamil (makin membuak tensen aku kat mak aku pasal tak ajar aku bahasa tamil)

Tapi ntahla... aku pun, yang lahir dalam keluarga campur pelbagai identiti ni tersangat la kompius, kenapa mesti nak maintain identity yang mempunyai ciri solid yang takleh nak tukar...? Tuan punye dunia cipta bende ni dalam keadaan pelbagai supaya kita berusaha mengenal dan menimba ilmu (motivasi ku) bukan untuk kita declare yang sesuatu ciri itu milik kita?

Walhal badan/body kita yang hot ni pun hanyalah pinjaman dari tuan punye dunia... bukan milik kita... lagilah bahasa dan bangsa...

bodo betul org yang judge aku paki kaler kulit aku... tensen...

7 comments:

  1. I feel you man. Those ignorant pure bloods suck.

    ReplyDelete
  2. haha..alololo..
    biasala
    'one malaysia' kan sekarang
    ok2
    hakikatnya masyarakat kita masih baru
    tamadun kita ni masih peringkat 'infant' lagi
    yg pasti niat si mkcik tu bukanla buruk
    dia sebenarnye kagum (bile dia nmpak kamu yg dia ingat berbangsa lain nyanyi lagu melayu)
    pastu dia rasa bangga (sebab dia rasa bahasa tu milik dia dan bahasa kedua kamu)
    ala...bygkan kite dgr beckham ckp melayu
    elok plak bunyinye..perfectt!!
    mesti kite terkejut dulu pastu bangga gila kan......
    kesimpulan daku: niat mereka2 itu mungkin tidak bermaksud negatif
    the most important thing is, you know yourself

    ReplyDelete
  3. I dont know whether or not this has got to do with what you wrote here.
    Basically last week, it so happened that ak jumpa seorang gadis berbangsa cina and it really ticked me off that she barely understand BAHASA MALAYSIA.
    I was trying to explain to here something but she barely got it.
    Cuba terangkan dlam English pun lagila dia xpaham.
    I mean come on la. Kata SATU MALAYSIA.
    It's so not gonna happen kalau Malaysians tak nak memperkasakan bahasa kebangsaan sendiri.

    ReplyDelete
  4. @Amanda: Haha... Harsh... but kekadang nak lepas geram kan...

    @Kak Atie: Bukan saye kate makcik tu jahat kak... tapi kalo bole.. saya nak sume org paham la... yang kita ni pelbagai... tade superior nye pun... tade inferior... tapi makcik tu cakap macam bahasa melayu tu bukan saye 'punye'... tu yg tensen tu... tapi nak wat cane... da malaysians sume dididik untuk jadik 'bangga' dgn bende yg takde

    @amir: tu pun satu, kalo da rakyat Malaysia pun tak anggap bahasa melayu tu milik dia... tu yg jadik camtu tu... sume bz dgn;

    'Eh... ni milik aku, bukan ko punye!'

    sampai ta dapat nak kongsi... bak kate Samantha-Sharing is caring...

    ape exactly maksud SATU MALAYSIA?

    ReplyDelete
  5. ikut jela jejak langkah michael jackson..hahaha..xpyh susa2 ko nk hangin..hehe

    ReplyDelete
  6. at last i read ur blog d...
    well.. azhar...
    dat mak cik mmg shouldnt mention herself as malaysian la...
    actually all of us can learn bm if dey want to... in amir's case, i think the chines girl is just being ignorant not to know neither bm nor eng... haihs.. den wat's de point being here...
    memangla sesetengah org ada slang semasa cakap bm, tapi tak semestinya mereka itu semua tak reti nyanyi lagu bm...
    one of my aunt who is from india is now able to speak bm, even though it is not as perfect as malaysians, but yet u can understand her bm... so why cant the malaysians who are born here, educated here, learn the language.. well at leastt up to the level they can converse casually.... tak payah bahasa baku...

    ReplyDelete