Semasa aku drive balik kampung tadi, aku terdengar satu lagu raya ni yang aku bukak full blast kat radio (pasal aku terlampau ngantuk)... probably pasal aku ngah drive, so aku pun menumpukan perhatian aku pada lirik lagu tu...
(Baca dalam keadaan ber-melodi)
Sedang kita bergembira
Jgn lupa yang tiadaaaaa!
aduh, tetiba aku terasa sedih, hari raya - walaupun aku da tak dapat duit raya, dan susah nak beli mercun, tapi ia adalah satu hari yang aku masih lagi rasa happy nye, terasa macam nak melompat tetiap pagi raya... kalau boleh aku nak tetiap hari jadi hari raya.
Tapi aku terkenang dekat kawan/kenalan aku sume yang dah mengalami peritnye kehilangan org yang mereka sayang. Aku tak pernah rasa lagi, Alhamdulillah, aku honestly tak dapat bayang apa perasaan aku nak lalu pagi raya tanpa org yang aku sayang, aku sendiri tak boleh comprehend betapa pedihnye hati aku nanti - sebab aku tahu hari itu akan datang.
Kebanyakan kawan2 aku dah merasa perasaan ini, aku tak dapat bayangkan apa yang mereka lalu. Aku cuma boleh kata sabar, tapi aku pun tak paham camne nak sabar. Honestly, seeing some of them talk about their loss openly telah menyebabkan aku nengok diorang in a different light - lebih berani, lebih kuat, lebih layak untuk dihormati.
Sebenarnya, aku nak taknak fikir bende ni semua, aku nak sambut raya aku in total ignorance that someday i may leave the world and never see my mother or my nieces again, i want to live in total ignorance to the fact that i may have to not see my parents again until the day i die. My heart is breaking everytime i am away from them, will i have the strength to face everyday without the knowledge of me having the freedom to lay my eyes on them whenever i want... God, i am not ready for that.
But, aku mahu sambut raya dengan gembira, tapi aku takkan lupa kepada yang sudah tiada, kepada yang dah rasa kehilangan, my heart goes out for you - aku tahu aku tak paham - so aku akan doakan untuk korang, aku akan doakan untuk mereka yang sudah tiada, aku akan doakan untuk kekuatan korang...
aku tahu aku tak patut mintak bende ni, but when the time comes, doakan untuk kekuatan aku, supaya aku boleh jadi kuat macam korang....
ok.
ReplyDelete